Suai Kenal


Sesi Suai Kenal Bersama Pemilik AFBARTOPIA

Nama Pena: Fuad Ab Rahman

Tarikh Lahir: Saya lelaki berbintang Virgo

Pekerjaan: Masih mencari kerja yang melibatkan dunia penulisan dan buku-buku. 

Tempat Tinggal: Seremban, Selangor, Kuala Lumpur

Hobi: Melayari Internet, menonton rancangan tutorial masakan terutamanya melibatkan manisan, membaca, bermain permainan alam maya, mendengar lagu, berjalan-jalan (bukan melancong).

Minat: Lebih cenderung kepada manisan, terutamanya kek red velvet.

Mula Berblogging: Sekitar 4 tahun yang lepas.


Apa Itu AFBARTOPIA?
Senang sahaja. AFBAR adalah akronim / kependekan / singkatan kepada nama sebenar saya. Topia pula berkaitan dengan sesebuah dunia. Jadi, apabila digabungkan maka ianya bermaksud Dunia Milik AFBAR, iaitu dunia rekaan saya sendiri dalam menghasilkan karya-karya di dalam blog ini.

Kenapa Pilih Nama AFBARTOPIA?
Sebab saya rasa ia unik dan dekat di hati saya. Dan saya harap nama ini akan dekat juga di hati para pembaca dan pengunjung di luar sana.

Apa Yang Disediakan Di AFBARTOPIA?
Pelbagai bahan bacaan yang merupakan karya saya sendiri. Ia terdiri daripada novel, cerpen dan puisi yang bacaan secara online. Sebelum terlupa, blog ini juga adalah Zon Larangan Plagiat. Semua karya di sini adalah hak cipta terpelihara. Blog saya ini sentiasa dipantau 24 jam. 

Kata-Kata Akhir?
Saya harap anda semua akan menyokong saya dalam bidang penulisan ini dan memberikan komen kepada saya untuk saya terus belajar dalam menulis. Terima kasih.

0 comments:

Post a Comment

SEMUA ISI KANDUNGAN DI DALAM BLOG INI DILINDUNGI OLEH:
DMCA.com DMCA.com